UNITED KINGDOM: Dai Barrow, 32, mengunjungi Taman Royal Victoria di Bath, Somerset untuk berjumpa kawan-kawannya.

Ketika duduk berbual, salah seorang rakannya terlihat kelibat lelaki lain berada di atas pokok.

Lelaki itu tampak begitu selesa duduk di dahan pokok sambil menikmati makanan yang dibawanya bersama.

Mereka berdua terkejut dan terkesima melihat lelaki tersebut dan Barrow mengambil keputusan merakam aksinya.

Menurut Barrow, ketika kejadian malah ketika dia merakam aksi lelaki itu, hanya dia dan rakannya perasan akan kehadiran lelaki di atas pokok setinggi 60 kaki itu.

Dia kemudian memuat naik foto lelaki itu di laman sosial dengan komen mengatakan lelaki itu mengamalkan penjarakan fizikal pada tahap tertinggi.