MIAMI: Polis menahan lelaki yang didakwa mengacukan pistol ke arah pelanggan Walmart. Dia dikatakan marah apabila lelaki tersebut memintanya menggunakan pelitup muka.

Vincent Scavetta, 28, ditahan polis kerana menggunakan senjata untuk menggertak dan mempamerkan senjata tersebut di tempat awam.

Scavetta mengeluarkan pistol selepas bertengkar dengan lelaki tersebut gara-gara keenggananya memakai pelitup muka.

Sejak 20 Julai lalu, Pasar Raya Walmart, mengeluarkan arahan meminta semua pengunjungnya memakai pelitup muka jika ingin membeli-belah di pasar raya mereka.

Selamat datang ke Penjara PBC, kata pegawai polis yang ditugaskan menahannya.

Pegawai itu turut menasihatkan orang ramai supaya menjadikan penangkapan Scavetta ini sebagai pengajaran untuk tidak mengikut jejak langkahnya kerana ia boleh berakhir dengan tragedi yang tidak diingini.