KUCHING: Permintaan dan jualan kenderaan import terpakai kini meningkat perlahan.

Menurut Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Sarawak, Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki, situasi ini satu perkembangan baik berbanding sebelum penularan Covid-19.

Dalam kenyataan medianya beliau berkata, jumlah jualan kenderaan import April lalu semasa PKP dikuat kuasa menyaksikan penurunan jualan kenderaan 92 peratus berbanding jualan pada Mac.

Menurutnya, bagaimanapun, pada Mei terdapat peningkatan 79 peratus jualan dan diikuti Jun serta Julai mencatatkan kenaikan hampir 90 peratus.

Abang Khalid menzahirkan terima kasih kepada kerajaan yang menghulurkan insentif serta bantuan demi memulihkan perniagaan terjejas termasuk melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana).

Bagi beliau pemulihan perniagaan jualan kenderaan import ini turut dipengaruhi oleh bantuan Puspakom yang memberi laluan mempercepat pemeriksaan kenderaan.

Abang Khalid berkata, peningkatan jualan kenderaan merupakan petanda positif bagi ahli Pekema dan ekonomi negara khasnya.