KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata,
3,595 Kenyalang Gold Card (KGC) diserahkan kepada 14 Dun di Kuching untuk diagihkan kepada penerima dalam kawasan masing-masing.

Bercakap pada sidang media sebelum penyempurnakan simbolik penyampaian KGC kepada Adun Kuching) di Baitulmakmur, Fatimah memberitahu sebanyak 100,903 kad KGC dicetak dengan 16,964 kad sudah diagihkan setakat ini.

Menurut beliau, terdapat pelbagai kemudahan boleh dinikmati melalui LGC seperti diskaun atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan agensi kerajaan, swasta dan pusat komersial yang menjadi rakan strategik KGC.

Ini termasuklah bidang kesihatan (perubatan dan pemulihan), pengangkutan awam (pengguna bas ekspres) barang keperluan (barang runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urut dan spa, Manicure atau Pedicure serta dandanan rambut.

Beliau berkata, 89 rakan strategik KGC bersetuju memberi rebat, diskaun atau perkhidmatan kepada pemegang KGC.