SIBU: Perkhidmatan bot ekspres di antara Sibu-Kuching kini digantung sementara ketika tempoh larangan perjalanan di antara zon dikuatkuasakan dari 1 Ogos hingga 14 Ogos.

Seorang pengendali bot terbabit di sini berkata, notis pergantungan perkhidmatan berkenaan telah diletakkan di kaunter tiket untuk pengetahuan penumpang.

Notis berkenaan menunjukkan perkhidmatan akan disambung semula pada 15 Ogos jika larangan perjalanan di antara zon ditarik balik.

“Sebab utama ialah jumlah penumpang yang sedikit, dan ini diburukkan lagi dengan Kuching yang berada dalam zon merah baru bertukar kuning,” katanya.

“Jadi kami tak mahu ambil risiko,” katanya.

Hakikatnya, perkhidmatan bot dikategorikan perkhidmatan penting ,dan tidak ada larangan untuk meneruskan perkhidmatan.