KUALA LUMPUR: Pembantu peribadi Tun Abdullah Badawi amat kesal dengan penularan berita palsu mengenai bekas perdana Menteri sekali gus berharap masyarakat dapat memastikan kesahihan laporan sedemikian daripada pihak yang berautoriti sebelum menyebarkannya.

“Pak Lah berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga,” kata Datuk Jefridin Atan, pegawai khas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi malam tadi.

“Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan berita tular berhubung keadaan kesihatan Tun dan beliau berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga,” menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Abdullah Badawi.

Abdullah Badawi, 81, ialah Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009.