KUALA LUMUR: Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahril Samad  hairan mengapa  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih menganggap Umno belum  lagi mampu bergerak ke depan sedangkan parti itu sudah jauh berubah sejak PRU-14.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu dikritik terus selepas mengeluarkan  kenyataan mengenai kedudukan Umno kesan pensabitan kesalahan jenayah bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak oleh mahkamah baru-baru ini.

Khairy berkata, Umno perlu bergerak ke hadapan susulan Najib didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan yang dikenakan padanya.

“Seolah-olah Umno masih berada dalam kebingungan akibat kekalahan di PRU14,” kata bekas menteri itu dalam satu komentar di media sosial.

Kata Shahrir, pada pada pendapat Khairy,  Umno masih mahu mempertahankan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Shahrir, sebenarnya Umno dan BN sudah “ke hadapan dan akan terus ke hadapan”  dan bukannya seperti tanggapan Khairy dengan tujuan mendapatkan kembali mandat rakyat secara terhormat dan berprinsip dalam PRU akan datang.

Kata Shahrir, Umno dan Pas sedar sokongan yang diberikan kepada Muhyiddin Yassin adalah untuk sementara waktu saja demi menyelamatkan keadaan.

“Kerana itu, Umno dan Pas memahami sokongan kepada kerajaan Muhyiddin (yang Khairy menjadi seorang menteri dalamnya, sedangkan ianya sesuatu jawatan yang boleh ditolak) adalah untuk menyelamatkan keadaan buat sementara waktu,” katanya.

Menurut Shahrir, dia melihat Khairy seperti ketinggalan dan berada dalam penafian terhadap perkembangan yang berlaku ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

“Banyak perubahan yang telah berlaku semenjak YB Khairy gagal dalam pemilihan jawatan-jawatan Umno,” katanya lagi.