KUCHING: Anda masih mahu ambil risiko dengan tidak memakai pelitup muka?

Lebih baik jangan.

Sebab, lebih baik anda selamatkan wang RM1,000 untuk tujuan yang lebih atau salurkannya ke rumah kebajikan kalau anda fikir wang anda sudah terlalu banyak.

Sebab, jika anda ingkar juga memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah, termasuk di tempat awam, bersedialah untuk menerima kompaun RM1,000.

Polis Sarawak bertindak serius terhadap mereka yang ingkar. 

Pada Sabtu sahaja 76 individu telah dikompaun RM1,000 masing-masingnya kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Sibu merekodkan jumlah kompaun terbanyak dengan 52 kes diikuti Samarahan sembilan,” jelas timbalan pesuruhjaya polis Sarwak Datuk Dev Kumar.

Jelasnya, enam lagi kompaun dikeluarkan di Betong, empat masing-masingnya di Miri dan Padawan dan satu di Serian.

Sementara itu, dua individu di bistro di Sibu ditahan kerana gagal menunjukkan kad pengenalan mereka.

Dev mengakui kadar pematuhan di Sarawak adalah baik ,dan pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.