SERIAN: Jawatankuasa Perayaan Islam Bahagian Serian telah mengadakan Program Ibadah Qurban Bahagian Serian di Dewan Serbaguna, Taman Anggerik Indah Serian pagi semalam.

Lima ekor lembu telah ditumbangkan dan penyembelihan diketuai oleh Abdul Hani Unin, Pengerusi Masjid Nurul Ehsan, Taman Anggerik Indah Serian.

Daging qurban kemudian diagihkan kepada pihak HIKMAH, Kampung Seri Menanti, Kampung Sorak Melayu, Kampung Hulu, Kampung Hilir, Kampung Munggu Limo, JAIS dan Penduduk Taman Anggerik Indah.

Perlaksanaan ibadah qurban telah berjalan dengan baik dengan mematuhi SOP PKPP seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak.

Semua individu yang hadir dalam pelaksanaan ibadah qurban telah memakai pelitup muka, melakukan saringan suhu badan, mendaftar butiran peribadi, tidak bersesak-sesak dan sentiasa menjaga kebersihan diri.