KABONG: Sebanyak 22 ekor lembu ditumbangkan pada majlis sembelihan korban sempena Hari Raya Korban pada tahun ini
.
Upacara sembelihan bermula seawal jam 7 pagi dilangsungkan di beberapa lokasi berasingan sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang digariskan kerajaan selaras dengan kelaziman baharu semasa Pandemik Covid-19 ketika ini.

Sesi sembelihan lembu korban pertama berlangsung di Surau Sungai Endot yang menyaksikan tiga ekor lembu ditumbangkan.

Seterusnya, pada jam 8 pagi, 11 ekor lembu dikorbankan di kawasan
Masjid Assabirin Kabong.

Jam 10 pagi pula sesi sembelihan korban dilakukan di Kampung Sessang dengan empat ekor lembu dikorbankan.

Dan pada jam 11.30 pagi penyembelihan empat lembu korban dilakukan di Kampung Gerigat.

Hadir bersama menyaksikan majlis sembelihan lembu korban ialah ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir dan isteri Meryani Haji Yassin.

Turut tidak ketinggalan menyaksikan sesi penyembelihan ibadah korban ialah Timbalan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Malaysia, Ali Anak Biju, merangkap Ahli Parlimen Saratok Dan Ahli Dewan Undangan Negeri Krian.