ANGKA jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 18 juta kes sehingga pagi ini.

Manakala jumlah kematian di seluruh dunia pula sudah mencecah 688,683 — dan angka itu terus meningkat setiap waktu.

Data terbaharu  menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 250,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.76 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.7 juta kes dan India, 1.7 juta kes.

Rusia yang berada di tangga keempat dengan merekodkan 843,000 kes.

Ini diikuti Afrika Selatan dengan 503,290 kes jangkitan.

 Mexico pula 434,193 kes, Peru lebih 414,000, Chile lebih 357,000, Sepanyol lebih 335,000 kes dan Iran lebih 306,000 kes.