BUKIT SABAN: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meluangkan masa melakukan ‘walkabout’ di sekitar kawasan DUN Bukit Saban pada Jumaat.

Semasa ‘walkabout’ tersebut, Datuk Amar Douglas yang juga ADUN Bukit Saban telah melawat enam rumah panjang bagi meninjau pelaksanaan projek dan mendengar keperluan semasa penduduk setempat.

Rumah panjang dilawati beliau adalah:

  • Rh Budol, Seruai, Spaoh.
  • Rh Jepo ak Ramba, Dulang, Rimbas, Debak.
  • Rh Empati ak Kudang, Selangking, Ulu Layar, Betong.
  • Rh Kedit ak Bedin, Raba Tiput, Ulu Layar, Betong.
  • Rh Richard Kadir, Melabu Bair, Ulu Layar, Betong.
  • Rh Jabrin, Tembawai Tinting, Ulu Layar, Betong.

Terdahulu, Datuk Amar Douglas melakukan kunjungan singkat menyaksikan pelaksanaan ibadah korban oleh masyarakat di Kampung Hulu, Spaoh sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha.

Seperti tahun-tahun terdahulu, beliau telah menyumbang lembu korban bagi setiap kampung-kampung Melayu di Spaoh.