LIMBANG: Program Ibadah Korban yang diadakan pada tahun ini merupakan tahun ke 6 telah diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Ak Gumbang berkata, seperti tahun-tahun lepas, program Ibadah Korban DUN Batu Danau telah diadakan di 6 buah surau iaitu Surau Kampung Medait, Surau Kampung Buluh Baloi, Surau Kampung Palas, Surau Kampung Anak Bukit, Surau Kampung Bidang dan Surau Kampung Kuala Awang.

“Program Ibadah Korban yang diadakan ini merupakan program yang telah kita adakan setiap tahun.

“Pada tahun ini merupakan tahun keenam kita adakan di kawasan DUN Batu Danau,” semasa ditemui selepas menyampaikan daging korban kepada penerima di Kampung Medait pada Jumaat.

Pada majlis itu, Paulus telah mengumumkan kelulusan geran sebanyak RM5,000 kepada Surau Kampung Medait dan Kampung Buluh Baloi, dan geran sebanyak RM10,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan RM25,000 untuk pembinaan pondok kubur.

Sementara itu, Mohd Ari Abdullah, mualaf berbangsa Bisaya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan lembu untuk Ibadah Korban pada tahun ini di Kampung Buluh Baloi.

“Alhamdulillah dan syukur kepada rombongan ADUN Batu Danau kerana telah memberikan sumbangan lembu pada tahun ini kepada Surau Kampung Buluh Baloi dan sekitarnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, turut diselitkan upacara ringkas penyerahan Jalur Gemilang oleh ADUN Batu Danau kepada penduduk setempat bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Hadir sama Pegawai Tadbir Pejabat Residen Limbang Cherylynna Leeza Roland, Pegawai Penerangan Limbang Linda Padan, Ketua Pemuda PBB Batu Danau Kaunselor Elvis Mathew Pemanca Jun Sillah, Penghulu Ekit Ak Awang dan Timbalan Pengerusi SADIA Pampang Limbang Jangan Ak Bakar.