KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah mengadakan perjumpaan bersama ahli jawatankuasa e-DOK di kediamannya di Kuching, semalam.

Tujuan perjumpaan semalam untuk memberi taklimat mengenai aktiviti e-DOK sepanjang tahun 2019, 2020 dan aktiviti pasca-Covid-19 selain meningkatkan silaturahim dan meningkatkan semula keaktifan e-DOK.

e-DOK bermaksud Era-Digital bagi warga negeri yang berada di kawasan Kuching tapi berasal dari kawasan Dalat, Oya dan Kut.

e-DOk yang dahulunya dikenali sebagai ‘I.D.O.K’, diasas oleh mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Tan Sri Effendi Norwawi ketika itu.

Perjumpaan diadakan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.