CALIFORNIA: Seorang wanita berusia 99 tahun berjaya memecah dua rekod dunia sekali gus apabila dia memandu sebuah pesawat dan memberi latihan semasa di udara.

Robina Asti, 99, dinamakan sebagai instruktor juruterbang tertua dunia dan juruterbang yang aktif selepas dia memandu pesawat dan memberi latihan memandu di Akedemi Penerbangan NextGen di Lapangan Terbang Riverside Municipal baru-baru ini.

Menurut Asti, dia mahu menunjukkan golongan tua juga masih mampu memberi sumbangan yang berharga kepada orang ramai.

Sebelum Asti pemegang rekod juruterbang tertua dunia ialah lelaki dari Iowa yang memandu pesawat ketika berusia 98 tahun.