KOTA SAMARAHAN: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Abdul Karim Rahman Hamzah meluangkan masa menghadiri Program Pengagihan Daging Qurban DUN Asajaya di Kampung Tambirat, Kampung Sambir dan Kampung Serpan, hari ini.

Dalam program tersebut, beliau yang juga ADUN Asajaya merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, Borneo Island Big Bikers Club (BIBC), penduduk kampung dan individu persendirian yang menyumbangkan 30 ekor untuk diagihkan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan kepada semua penduduk kampung yang terlibat dalam majlis Qurban supaya sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa memakai pelitup muka.

Turut hadir ialah, Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat dan Pemanca Daerah Asajaya, Awang Yazid Awang Yusuf.