Jumlah orang yang dijangkiti Covid-19 sejak virus maut itu mengganas di Wuhan, China pada Disember lalu kini ialah 17.74 juta.

Jumlah maut pula setakat pagi ini menurut Worldometers ialah 682,194 orang.

Sudah pasti jumlah ini masih jauh bezanya berbanding mangsa Spanish Flu pada 1918 yang menjangkiti 500 juta orang dengan 50 juta kematian.

Kelihatannya, virus itu belum lagi mereda, sebaliknya terus mengganas dengan sesetengah negara berdepan ancaman gelombang kedua.

Negara Uncle Sam terus berada di atas dari segi jumlah jangkitan dan kematian.

Jumlah jangkitan ialah 4.7 juta manakala kematian hampir mencecah 157,000.

Di tempat kedua dari segi jangkitan ialah Brazil dengan lebih 92,000 kematian.

India berada di tangga ketiga dengan 1.69 juta jangkitan dan lebih 36,000 kematian.

Rusia berada di tangga keempat dengan lebih 839,000 kes jangkitan dan hampir 14,000 kematian.

Di tangga kelima dengan 493,183 kes jangkitan dan 8,000 kematian ialah Afrika Selatan.

Mexico dengan 416,179 kes jangkitan dan 46,000 kematian berada di tangga keenam.

Dunia masih lagi mencari penawar untuk virus maut itu.