BINTULU: Sekolah Kebangsaan Sungai Sebungan Sebauh Bintulu merupakan salah satu sekolah pedalaman di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena yang memerlukan perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dibaikpulih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika ditemui semasa lawatan ke sekolah tersebut pada Jumaat memberitahu, sekolah tersebut memiliki bangunan yang lama dan kurang selamat untuk digunakan.

Beliau yang juga Menteri Utiliti Sarawak berkata hakisan juga berlaku menyebabkan sesetengah kawasan tanah di sekolah itu terhakis.

Beliau turut memaklumkan akan merujuk dan menyampaikan hasil lawatan beliau ke sekolah tersebut kepada menteri bertanggungjawab.

Turut sama dalam lawatan tersebut, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Jenny Bangga; Pembantu Tadbir Sarawak, Dennis Gasing Ingu, Pegawai JKR Bintulu, Cheng; Penghulu Micheal Lanya Ruma dan Penghulu Lee Lei Seng.