LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu ak Gumbang telah mengadakan lawatan ke Dewan Serbaguna Kampung Tanjong Riman, tempat cadangan bagi menganjurkan Program Jelajah Belia pada Jumaat.

Lawatan ini bertujuan untuk memastikan cadangan lokasi tersebut sesuai bagi penganjuran Program Jelajah Belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau.

Hasil lawatan, beliau berpuas hati dengan tapak tersebut sebagai penganjuran Program Jelajah Belia.

Hadir sama Pegawai Tadbir Pejabat Residen Limbang Cherylynna Leeza Roland, Pegawai Penerangan Limbang Linda Padan, Ketua Pemuda PBB Batu Danau Kaunselor Elvis Mathew Pemanca Jun Sillah, Penghulu Ekit Ak Awang dan Timbalan Pengerusi SADIA Pampang Limbang Jangan Ak Bakar.