KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperketatkan Garis Panduan (SOP) termasuk pemakaian pelitup topeng muka di tempat awam.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS), PDRM hari ini telah memantau sebanyak 1,706 premis iaitu pasaraya (304), restoran (402), kilang (18), bank (132), pejabat kerajaan (73), penjaja (71), pasar tani/awam (81), tempat ibadah (83), tempat riadah (46), tapak pembinaan (11) dan lain-lain (485).

Pelaksanaan pematuhan PKPP ini, kata JPBNS, telah dilaksanakan oleh 659 anggota yang terdiri daripada PDRM (341), ATM (42), RELA (135), APM (85), PBT (48), KPDNHEP (3) dan lain-lain agensi (5).

Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan bahawa PDRM hari ini juga telah melaksanakan enam (6) sekatan jalan raya di lima (5) buah daerah bersempena dengan Op Benteng iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1).

Daripada 6 sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,302 jumlah kenderaan telah diperiksa.