MIRI: Mahkamah Majistret di sini mendenda sebanyak RM3,700 ke atas seorang lelaki kerana mencederakan ibu kandungnya dalam satu kejadian, 21 Julai lepas.

Majistret Leona Dominic Mojiliu membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 24 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 326A KK.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas ibunya, yang berusia 48 tahun di bahagian paha kiri.

Menurut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, sekitar jam 12.30 tengah hari pada 21 Julai lalu. B

agi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam