KUCHING: Semua pengurusan masjid dan surau serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) perlu mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Ibadah Korban bermula hari ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & Dewan Bandaraya Kuching Utara) Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, kebanyakan ibadah korban mula dilaksanakan pada hari ini dengan kebanyakkannya diadakan pada Sabtu dan Ahad.

“Pada tahun ini, pada masa yang sama semua aktiviti penyembelihan mesti diadakan di perkarangan masjid dan surau, atau di rumah penyembelihan. Hanya dua tempat sahaja dibenarkan.

“Walau bagaimanapun, kita ada menerima permohonan daripada persatuan dan NGO’s yang ingin mengadakan di tempat sendiri.

“Kita buat pemeriksaan dan seandainya sesuai akan diberikan kebenaran secara bertulis,” katanya semasa ditemui dalam majlis menghadiri “Qurban Majlis Islam Sarawak” di Dewan Hikmah pada Jumaat.