Sunday, November 27, 2022

Shafie atau Musa bakal kembali berkuasa selepas pilihan raya negeri?

Secara Rawak

Pergolakan politik di Sabah meletakkan kedudukan ketua Menteri Datuk Shafie Afdal dalam kedudukan tidak menentu, malah goyah.

Ini di sebalik dakwaan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bahawa beliau sudah mempunyai angka untuk menubuhkan Kerajaan.

Justeru, perkembangan terbaharu itu meletakkan Shafie dalam keadaan tertekan.

Apa jalan keluar terbaik ketika kedudukannya sudah tertekan?

Bagi mengekang kuasa baharu naik, maka Ketua Menteri Sabah mengambil jalan selamat.

Mencadangkan kepada  Yang Di-Pertua  Negeri Tun Juhar Mahiruddin  untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Dalam sidang media sebentar tadi, Shafie mendakwa beliau, Juhar telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

“Pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya pada sidang medianya.

Shafie turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

“Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan,” jelas Safie.

Jadi, tindakan Presiden Warisan itu ternyata bertujuan mengekang Musa daripada kembali berkuasa selepas mendakwa punya cukup Adun untuk menubuhkan kerajaan semalam.

“Kita telah memperolehi majoriti mudah dan akan membentuk kerajaan baharu.

“Satu gabungan baharu ini akan mengadap Tuan Yang Terutama (TYT),”  dakwa Musa semalam.

“Walaupun Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya masih ‘care-taker‘ dalam tempoh 60 hari. Sampai waktu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mari kita undi. Pilihan kena tepat sama ada pilih si (Tan Sri) Musa Aman, (Datuk Seri) Bung Moktar, (Datuk Seri) Hajiji atau Shafie Apdal,” kata Shafie seperti dipetik Astro Awani.

Siapakah agaknya yang akan menang dalam PRN Sabah itu nanti?

Adakah Shafie akan terus dapat menarik undi rakyat atau Musa dan para penyokong beliau akan kembali berkuasa?

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru