SARATOK: Ops Dadu yang dilancarkan oleh pihak polis berjaya memberkas dua lelaki di dua lokasi berbeza di sekitar pekan di sini petang semalam.

Dalam serbuan pertama yang dilakukan kira-kira jam 3.30 petang seorang lelaki berusia 32 tahun diberkas dalam sebuah kedai di pasar Saratok kerana dipercayai menjalankan kegiatan judi penjualan nombor ekor haram.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin memberitahu suspek ditahan di bawah Sek: 4(A)(a) ARJT 1953.

“Dalam serbuan pertama pihak polis merampas dua keratan kertas tercatat angka bertulis angka 4D haram, sebatang pen dakwat hitam dan wang tunai campur-campur berjumlah RM50.00.

“Suspek kemudiannnya dibawa ke balai untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Kemudian pada jam lebih kurang 5.05 petang anggota polis telah melakukan serbuan kedua di hadapan sebuah kedai di Saratok.

Kedai berkenaan juga dipercayai menjalankan kegiatan judi penjualan nombor ekor haram dan telah menangkap seorang lelaki berusia 34 Tahun.

“Butiran rampasan adalah satu unit telefon bimbit jenama ‘Nokia’ berserta simkad Celcom.
dua keping kertas tercatat angka disyaki 4D haram, satu unit mini printer jenama Win 888, satu batang pen dakwat hitam jenama HD dan wang tunai campur-campur berjumlah RM40.00.

“Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Saratok berserta rampasan untuk siasatan lanjut. ujarnya

Suspek kini ditahan di lokap dan mula direman pada hari ini (30 Julai). Dengan yang demikian kedua- dua suspek terpaksa menyambut Hari Raya Korban esok di dalam lokap.