JUMLAH angka korban dunia akibat pandemik Covid-19 meningkat kepada 670,152 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Pada masa sama, angka terkini Worldometers menunjukkan, jangkitan Covid-19 seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan kepada 17.18  juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas selepas merekodkan 4.56 juta kes.

Angka kematian sudah mencecah lebih 153,000 kes.

Ini diikuti Brazil yang merekodkan lebih 90,000 kematian dengan jumlah keseluruhan positif jangkitan mencecah 2.55 juta kes.

UK pula merekodkan 45,961 kes kematian dengan 3011,455 kes jangkitan.

Jumlah kes kematian di Mexico ialah 45,361 kes dengan lebih 408,000 kes jangkitan.

Itali dan India merekodkan lebih 35,000 kes kematian dan masing-masingnya  lebih 246,000 dan 1.58 juta kes jangkitan.