DA NANG: Tiga bulan tanpa tambahan kes Covid-19, Vietnam memutuskan mengunci Da Nang, kota ketiga terbesar negara tersebut.

Penguncian dilakukan dua minggu setelah menularnya wabak Covid-19 yang menyebabkan 15 orang positif.

Dengan tambahan kes baharu itu, jumlah pesakit Covid-19 di negara itu bertambah 431 orang tanpa kes kematian.

Memetik AP pada Selasa, kes jangkitan tempatan itu melibatkan pesakit dan petugas kesihatan hospital Da Nang.

Vietnam menutup sementara seluruh perniagaan dan menghentikan perkhidmatan awam keluar-masuk Da Nang.

Kini pelancong di Da Nang memendekkan percutian mereka. Terdapat 50,000 pelancong di kota terbabit ketika penguncian diumumkan.