KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan tambahan 300,000 tan minyak sawit memasuki pasaran Itali serta Balkan pada 2021 menerusi Turki sebagai hub eksport.

Bercakap di Dewan Rakyat pada Isnin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I, Willie Mongin berkata, Kementerian melaksanakan pelbagai langkah promosi menerusi MPOC dan MPOB.

Willie ketika menjawab pertanyaan Datuk Hasbullah Osman berkaitan jumlah jangkaan sasaran nilai eksport minyak sawit mentah diperoleh Malaysia melalui permintaan Turki dan eksport lain, usaha dilakukan meningkatkan kebolehpasaran produk sawit ke negara luar.

Promosi turut melibatkan kerjasama pejabat Kedutaan Malaysia di Eropah khususnya bagi perkara yang melibatkan perhubungan antara Kerajaan selain penglibatan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi aspek pemasaran.