BERLIN: Media tempatan melaporkan seekor rubah mencuri sekitar 100 kasut dan sandal dari rumah penduduk di Zehlendorf, barat daya Berlin.

Christian Meyer, mendapati kasut hilang dari rumah-rumah di daerah tersebut dan dia memposting status tersebut di platform Nebenan.de.

Akhbar Berlin Tagesspiegel melaporkan, Meyer memecahkan misteri kehilangan kasut itu apabila melihat rubah sedang menggongong sandal biru di sebidang tanah kosong.

Meyer turut menjumpai beberapa sepatu lain yang dicuri si rubah.