SERIAN: Seramai 105 orang peserta telah menerima input pertanian berupa baja tanaman yang terdiri daripada 55 orang peserta Program Dana Fasilitasi Pertanian atau Agriculture Facilitation Fund (AFF) dan 50 orang peserta biasa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus ketika ditemui semasa hadir dalam simbolik penyerahan input pertanian di perkarangan Jabatan Pertanian Serian,  berkata jumlah keseluruhan input yang dibekalkan adalah bernilai RM130,384 bagi permohonan untuk tahun 2019.

Baja tersebut diagihkan mengikut jenis tanaman yang diusahakan seperti halia, pisang, nanas, jagung dan sayur.