KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam Sidang Media COVID-19 hari ini memaklumkan bahawa Daerah Kuching kini berstatus Zon Merah daripada Zon Kuning, setelah 16 kes tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Selain itu, turut bertukar status daripada Zon Hijau kepada Zon Kuning apabila terdapat kes baru dilaporkan di kedua-dua daerah tersebut.

Daerah Bau dan Samarahan kekal Zon Kuning dengan kes tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Tambah Datuk Amar Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah daerah berstatus Zon Merah di Sarawak ialah 1 iaitu Daerah Kuching dan yang berstatus Zon Kuning sebanyak 4 iaitu Daerah Samarahan, Serian, Bau dan Lundu.

Manakala, 35 daerah yang lain masih berstatus Zon Hijau.