MERADONG: Sebanyak empat sekolah menengah di Daerah Meradong menerima sumbangan sebanyak 3579 penutup mulut.

Sekolah yang menerima sumbangan adalah SMK Kai Chung (1043), SMK Bandar Bintangor (715), SMK Meradong (1602) dan SMK Tong Hua (219).

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing semasa mengagihkan sumbangan itu hari ini memuji kerjasama diberikan semua pihak sekolah dan pelajar dengan mematuhi garis panduan (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan baik.

Katanya, penutup mulut diagihkan kepada setiap murid, guru dan kakitangan sekolah sambil menyeru semua pihak sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan diri.