KUCHING: Seramai 1,360 individu di seluruh Sarawak dikenakan kompaun dalam tempoh 18 Mac hingga 26 Julai lepas sepanjang berlangsungnya PKP berkaitan wabak Covid-19.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail kesalahan adalah berkaitan kesalahan di bawah Peraturan 3, Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020 dan PPPPB 10.

Pecahan jumlah pesalah mengikut bahagian ialah; Kuching 361 saman, Sibu 152 dan Miri 149.

Aidi dalam kenyataannya berkata, individu yang gagal membayar kompaun RM1,000 dalam tempoh ditetapkan bakal berdepan hukuman penjara.

Menurut beliau, kompaun perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari, jika tidak pihak KKM akan mendakwa di Mahkamah.