SEBUYAU: Beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau bakal menikmati kemudahan infrsatruktur Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020.

Antara projek yang akan dijalankan di kawasan tersebut adalah naiktaraf jalan Rumah Panjang Kampung Tungkah Dayak; baik pulih padang Bola Sepak Sebangan; bina baru jalan dari simpang masuk melalui Dewan ke SK Tebelu; bina baru Gelanggang Futsal Kampung Entanggor; naiktaraf Padang Bola Sepak Pekan Sebuyau; naiktaraf jalan Kampung Masjid Sebuyau; bina baru Padang Futsal Kampung Sungai Rama dan naiktaraf jalan Kampung Nap.

Pegawai Tadbir Daerah Sebuyau, Ajis Ahmad ketika melawat tapak projek berkenaan pada Isnin, memaklumkan kepada Ketua Kaum dan Tuai Rumah untuk memberikan kerjasama kepada agensi yang melaksana projek tersebut kelak.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Jurutera Awam JKR Bahagian Samarahan Dayang Nurashreen Muneera Awang Mahmud; Penolong Pegawai Perangcang Bandar dan Desa, Walter Hugo, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan dan Ketua Masyarakat yang terlibat.