MISCOW: Seekor kucing liar yang dipelihara pemilik kedai minum di bandar Anapa, Rusia memiliki sikap luar biasa.

Kucing bernama Masyanya tinggal di dalam kotak di sebatang jalan itu gemar mencuri duit tuannya.

Pemilik kedai USSR Beer Pub itu memuat naik telatah kucingnya yang diambilnya dari CCTV kedainya.

Menurut pemiliknya, Nadezhda Vodolazskaya, 37, Masyanya sudah dua kali cuba mencuri wang kedai, namun gagal membawanya lari.

Cubaan pertamanya disedaripelanggan apabila wang yang digigitnya terjatuh ke lantai.

Pelanggan itu mengambil wang tersebut dan menyerahkannya kepada Vodolazskaya.

Masyanya bagaimanapun tidak putus asa dan mencuba untuk kali kedua.

Kali ini pelanggan tidak menahannya sebaliknya mereka sibuk mentertawakannya kerana wang kertas yang dibawanya ialah wang lama yang di letakkan di atas rak sebagai perhiasan.

Jika tidak melakukan aktiviti mencuri, Masyanya akan menghabiskan masanya bermanja dengan pelanggan atau bergulung-gulung di atas wang kertas.

Menurut Nadezhda, dia tidak tahu mengapa kucingnya begitu gemarkan duit.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga mereka sentiasa memerhati gerak-gerinya dan menyimpan wang di dalam kotak berkunci.