ANGKA jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 16.64 juta kes.

Terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut Worldometers, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.43 juta kes positif.

AS berada di tangga teratas dari segi kematian dengan 150,444 kes.

Ia diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.44 juta kes dan India, 1.48 juta kes.

Ini diikuti Rusia dengan lebih 818,000 kes.

Berada di tangga kelima ialah Afrika Selatan dengan lebih 452,000 kes.

Ini diikuti Mexico dengan 395,489 kes jangkitan, diikuti Peru dengan 389,717 kes.

Chile pula mencatatkan 347,923 kes.