KUCHING:  Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, bekas rakan seperjuangan  Wong King Wei mengakui terkejut dengan tindakan drastik Adun Padungan itu keluar parti dengan serta-merta.

Wong malam semalam mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden DAP dan tidak akan mempertahankan kerusinya dalam PRN akan datang.

“Sejujurnya saya terkejut menerima berita semalam dan seseorang yang saya panggil saudara memutuskan untuk berundur dari politik,” kata Kelvin.

Ahli Parlimen itu menyatakan telah bersama-sama Wong dalam politik, dan bertukar-tukar idea, membincangkan dasar, bekerjasama bahkan berkongsi impian tentang masa depan untuk kesejahteraan rakyat.

Politik merupakan perjalanan naik turun, tinggi dan rendah, kecewa dan gembira,” kata Kelvin lagi.

Namun, jelasnya, yang lebih penting melalui semua itu, ia juga berfungsi sebagai tempat belajar, meraih pengalaman dan peluang untuk kemajuan rakyat.

“Tidak ada makhluk yang sempurna, platform yang sempurna atau keadaan yang ideal,” jelasnya.