KUCHING: PBB Dun Demak Laut dan GPS akan terus mengorak langkah memperjuangkan agenda Sarawak Diutamakan bagi memastikan kawasan tersebut terus menjadi milik mereka.

Adun Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ia akan meningkatkan majoriti kemenangan pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, seperti tahuntahun sebelum ini, PBB Dun Demak Laut menggunakan pendekatan turun padang, mendengar dan menyelesaikan setiap permasalahan rakyat setiap masa tanpa perlu menunggu pilihan raya tiba.

“PBB akan meneruskan prestasi kecemerlangannya seperti dalam pilihan raya terdahulu menerusi konsep penyelesaian isuisu di peringkat akar umbi. “Ini merangkumi isu tanah, perumahan, infrastruktur, kebajikan dan sosioekonomi.

“Setiap isu tersebut akan kita perhalusi dan memastikan ia dapat diselesaikan untuk kemudahan penduduk,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawangan Dun Demak Laut, baru-baru ini.

Dr Hazland berkata, pencapaian PBB di kawasan Dun Demak Laut sangat baik dan mereka akan terus mempertahankan rekod itu serta meningkatkan tahap sokongan rakyat kepada PBB-GPS.

“Rakyat kini sudah bijak memilih pemimpin dan parti yang boleh memperjuangkan kebajikan mereka dengan melihat rekod dan perjuangan semasa tanpa perlu menunggu tibanya pilihan raya.

“Menerusi politik pembangunan yang diterapkan sejak dahulu, ternyata kepentingan dan keperluan rakyat terus dibela dengan membawa pembangunan berterusan dan politik negeri yang stabil serta diyakini.

“Tidak seperti pembangkang yang terus membawa politik pembohongan, politik perpecahan, politik hasutan, politik kebencian dan politik putar alam,” jelasnya

lagi. Beliau yang juga Ketua Cawangan PBB Dun Demak Laut menegaskan bahawa, pihaknya akan terus mendekati masyarakat untuk memastikan setiap agenda pembangunan yang dibawa sampai kepada mereka yang memerlukan.