MIRI: “Kekuatan PBB tidak akan terjejas. Saya anggap tindakan bekas Ketua Cawangan PBB Pujut menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) adalah hal peribadi,” tegas Ketua Cawangan PBB Piasau Kauselor Mohamad Sardon Zainal.

Menurutnya, semangat ahli PBB zon Miri kental dan tetap setia dengan PBB di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Mohamad Sardon Zainal

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Abu Bakar Amit dan Lila Mohamad (bekas Ketua Wanita PBB Pujut) atas sumbangan mereka sebelum ini kepada PBB,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cawangan PBB Pujut Ngadan Melintang pula memkalumkan beliau terkejut dan terkilan dengan tindakan Abu Bakar yang menyertai PSB.

Ini kerana jelasnya, PBB Pujut sudah merangka pelan dan strategi tindakan untuk menghadapi PRU-12.

“Kami akan menggadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan hala tuju seterusnya,” jelasnya.

Ketua PBB Cawangan Senadin Julaihi Mohamad pula memaklumkan, tindakan Abu Bakar menyertai PBS sedikit pun tidak akan menjejaskan kedudukan serta kekuatan PBB Cawangan Pujut.

“Ia ialah urusan peribadi beliau. Kita yakin tindakan tersebut tidak akan mempengaruhi sokongan ahli-ahli PBB dalam cawangan Pujut terhadap GPS.

“Kami juga percaya bahawa sokongan PBB tetap kuat dan kukuh terhadap kepimpinan Presiden PBB yang juga Presiden GPS,” tegasnya.

Ngadan Melintang

Beliau seterusnya berikrar bahawa PBB Cawangan Senadin berdiri teguh menyokong kepemimpinan Abang Johari.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Pujut Kaunselor Warziedea Ahmad beranggapan penghijrahan Abu Bakar Amit sedikit pun tidak akan menjejaskan kekuatan PBB secara amnya.

“Tindakannya menyertai PSB ialah pilihan peribadi beliau. Semangat dan intergriti ahli ahli PBB Pujut masih kental dan setia kepada pucuk pimpinan parti PBB di bawah Ketua Menteri,” katanya.

“Kami AJK Bapa, Wanita serta Pemuda PBB Cawangan Pujut akan sentiasa berkerjasama dan bersemangat dalam menghadapi apa-apa juga situasi yang membelenggu dan mengejutkan dalam senario politik hari ini.

“Semangat kami masih kuat dalam menghadapi situasi hari ini,” tambahnya.

Julaihi Mohamad