DELHI: Seorang lelaki obses dengan profesionnya sebagai jutufoto sehingga menamakan tiga anaknya dengan jenama kamera terkenal iaitu Canon, Nikon dan Epson.

Dia juga mencorakkan vila tiga tingkat miliknya menyerupai kamera gergasi.

Ravi Hongal, 49, merupakan jurufoto profesional dari Belgaum, India, mula-mula menamakan semua anak lelakinya dengan jenama kamera.

Kisahnya mula tular apabila baru-baru ini dia menghabiskan sekitar AS$95,000 untuk membina rumah menyerupai kamera.

Rumah tersebut dibina sebegitu rupa dan turut dilengkapi tingkap berbentuk lensa kamera, lampu kamera dan kad SD gergasi.

Ravi Hongal dikatakan obses dengan fotografi sejak dia kecil. Biarpun dia bukan pelajar terbaik, namun dia sentiasa dilihat membawa bersama-samanya kamera Pentax dan Zenit untuk merakam pelbagai jenis foto.

Dia juga amat yakin dapat berjaya dalam hidupnya dengan menjadi jurufoto.

Sememangnya yang dikatakannya tepat sekali apabila perniagaan fotografi yang dibukanya secara kecil-kecilan menjadi maju sehingga membolehkannya membuka studionya sendiri.

Studio itu dinamakannya sempena nama isterinya Rani.