Lebih daripada 652,000 menjadi korban pandemik Covid-19 yang dikesan pertama kali di Wuhan, China sejak Disember tahun lalu.

Jumlah yang dijangkiti pula melebihi 16.41 juta di seluruh dunia.

Berdasarkan data daripada Worldometers, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas selepas merekodkan lebih 47,000 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu melebihi 4.37 juta kes.

Brazil pula merekodkan lebih daripada 2.41 juta  kes jangkitan dengan lebih 87,000 kematian.

India pula mengesahkan sebanyak 32,063 kematian akibat wabak itu dengan jumlah kumulatif menghampiri 1.44 juta kes positif dengan hampir 33,000 kematian.

Ini disusuli Rusia dengan lebih 812,000 kes jangkitan dengan lebih 13,000 kematian.

Afrika Selatan mencatatkan lebih 445,000 kes jangkitan, manakala Mexico 390,000 kes. 

Jumlah kematian di negara itu setakat pagi ini telah mencecah 43,000 kes.