Saturday, June 25, 2022

Taklimat Petugas Pilihan Raya bagi Saratok dan Kabong pada 28 dan 29 Julai dibatalkan

Secara Rawak

SARATOK: Taklimat Petugas Pilihan Raya Ketua Tempat Mengundi yang dijadualkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 dan 29 Julai untuk DUN Kalaka, Krian dan Kabong dibatalkan.

Kenyataan rasmi dari Pejabat SPR menyatakan pembatalan tersebut dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa Pandemik Covid-19 setelah dibincang dengan mendalam dan untuk kebaikan semua pihak.

Taklimat tersebut sepatutnya dilangsungkan di Dewan Sri Krian Saratok pada 28 Julai untuk petugas bagi DUN N. 38 Kalaka dan N.39 Krian.

Manakala pada 29 Julai taklimat sepatutnya diadakan di Dewan Polis Kabong untuk petugas pilihan Raya DUN N.40 Kabong.

Sehubungan dengan itu kesemua petugas yang terlibat dalam taklimat berkenaan diharap ambil maklum terhadap perkara tersebut.

Tarikh baru untuk taklimat berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan keadaan semasa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru