PUTRAJAYA: Mulai Isnin ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menangkap dan mendakwa di mahkamah 2,897 individu yang masih belum tampil menjalani ujian saringan kedua Covid-19 pada hari ke-13 kuarantin ken­diri.

Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia setakat Sabtu, 25 Julai adalah sebanyak 8,884 kes dengan 23 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 167 kes.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu terbabit bagaimanapun diarahkan untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk melakukan ujian saringan kedua.

Pegawai Kementerian Kesihatan bersama anggota PDRM akan membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan semua yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam la­poran harian perkembangan terkini Covid-19 di sini semalam seperti dipetik Utusan Malaysia.

Mengenai kuarantin wajib bermula semalam, Ismail Sabri berkata, seramai 319 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka telah ditempatkan di empat Ste­sen Kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Kata Ismail Sabri, mereka tiba dari 12 negara iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Australia.