JAMAICA: W. Brown menang wang loteri AS$95 juta (hampir RM405 juta)

Ketika mengambil wang kemenangannya itu dia memakai pakaian Darth Vader.

Tujuannya untuk menyembunyikan identitinya bagi memastikan keselamatan dirinya dan juga wang kemenangannya.

Simone Clarke-Cooper, pembantu Timbalan Presiden Kumpulan Komunikasi Korporat di Supreme Ventures Limited memberitahu, ia bukan luar biasa dalam kalangan individu yang menang jumlah wang besar terutama di negara yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.

Biasanya pemenang ini kreatif dan akan menggunakan apa juga cara untuk menyembunyikan identiti mereka.

Dalam pada itu W. Brown, memberitahu dia mahu menggunakan wang tersebut membantu mereka yang paling rapat dengannya.