JAKARTA: Indonesia kini menuju angka 100,000 dijangkiti Covid-19.

Berdasarkan angka Worldometers pagi ini, kini negara 270 juta jiwa itu sudah mencatatkan 97,286 kes jangkitan.

Ini sekali gus meletakkan negara itu tertinggi dari segi kes jangkitan di Asia Tenggara.

Dengan itu, meletakkannya di tangga ke-24 di dunia.

Malah, dari segi kematian pun Indonesia berada di tangga teratas di rantau ini dengan 4,714 kes.

Filipina berada di tangga ke-30 dengan lebih 78,000 kes dan 1,897 kematian.

Singapura mencatatkan hampir 50,000 kes tetapi dengan angka kematian rendah, iaitu 27 kes.