DUNIA terus mencatatkan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19.

Sejak virus itu mulai dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, kes positif pandemik itu kini lebih 16.19  juta.

Berdasarkan data terbaharu Worldometers, jumlah itu termasuk 648,399 kematian yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

AS kekal sebagai negara paling teruk terjejas selepas merekodkan lebih 74,000 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu melebihi 4.31 juta kes.

Brazil pula merekodkan lebih 86,496 kematian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2.39 juta kes. 

UK merekodkan lebih 45,000 kematian manakala Mexico lebih 43,000 kematian.

Sementara itu, India pula melaporkan 1.38 juta kes positif dengan jumlah kematian sebanyak  lebih 33,000.

Negara-negara lain pula merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.