Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 15.65 juta kes.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan terdapat pertambahan 250,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.16 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.28 juta kes dan India 1.2 juta kes.
Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 795,000 kes.

Afrika Selatan, Mexico, Peru dan Chile pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Afrika Selatan sudah merekodkan 408,000 kes, Peru 371,000 kes, Mexico 370,000 kes dan Chile 338,000 kes.

Sebelas negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom (UK) , Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman, Bangladesh dan Colombia.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan Covid-19 di bawah 100,000 kes.