SINCELEJO: Sebuah keluarga di Sincelejo, Colombia, tidak percaya dengan kata-kata doktor di Klinik Kesihatan Las Penitas yang mendakwa anggota keluarga mereka Juan Jose Munoz Romero, 67, meninggal dunia.

Mereka membawanya ke klinik tersebut selepas darahnya tiba-tiba naik.

Kira-kira dua jam selepas itu apabila keluarganya bertanya keadaan Munoz, doktor memberitahu dia sudah meninggal dunia.

Namun keluarganya tidak percaya dengan kata-kata doktor dan meminta dibawa melihatnya.

Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan berjumpanya atas alasan terpaksa mematuhi protokol Covid-19.

Ketika doktor sibuk dengan pesakit lain, anak perempuannya mengambil kesempatan masuk ke bilik mayat dan di sana dia menemui bapanya masih hidup.

Selepas anaknya bersemuka dengan doktor di klinik itu, mereka mendakwa yang dilihat anaknya itu ialah reaksi pesakit selepas meninggal.

Anak lelaki Munoz memberitahu kesan ditinggalkan di bilik mayat itu menyebabkan ayah mereka mengalami “iskemia”, yang berlaku apabila bekalan oksigen ke organ atau anggota badan lain terutama jantung dan otak menjadi terlalu rendah.

Keluarga itu dikatakan merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik tersebut.