ANGKA jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 15.37 juta kes dengan lebih 630,000.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan terdapat pertambahan 250,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih empat juta kes positif.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.23 juta kes dan India 1.23 juta kes.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 789,000 kes.

Afrika Selatan, Mexico, Peru dan Chile pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Afrika Selatan sudah merekodkan lebih 394,000 kes, Peru lebih 366,000 kes, Mexico lebih 362,000 kes, dan Chile 336,000 kes.

Sebelas negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom (UK) , Iran,  Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman, Bangladesh dan Colombia.

Tiga lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Argentina, Kanada dan Qatar.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan Covid-19 di bawah 100,000 kes.