KUALA LUMPUR:  India merupakan pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit negara pada 2019 dengan kuantiti sebanyak 4.46 juta tan dengan nilai  RM9.78 billion.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata  ini berdasarkan data dan statistik Jabatan Perangkaan Malaysiia.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Datuk Jalaluddin Alias [BN- Jelebu] berhubungan pengimport dan juga langkah yang diambil oleh kemeterian untuk memperluaskan eksport minyak sawit negara

Ujarnya, , antara langkah yang diambil bagi meningkatkan pasaran eksport minyak sawit negara adalah dengan memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara India, China, Kesatuan Eropah (EU), Pakistan, dan Amerika Syarikat.

Juga, jelas beliau dengan  mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di benua Afrika dan Asia Tengah.

Katanya lagi, pihaknya juga telah meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi.

Ini menurut beliau sekali gus dapat meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.

Sementara itu katanya, Pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dijangka akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit mampan di negara-negara pengimport, memandangkan pensijilan MSPO telah diterima oleh  Jepun bagi Sukan Olimpik 2020