WYOMING: Budak lelaki dari Wyoming, AS cedera parah selepas diserang anjing ketika cuba melindungi adik perempuannya.

Menurut penjaga mereka Nicole, tanpa berfikir panjang Bridger Walker, 6, meluru ke arah anjing yang menyerang adik perempuannya.

Bridger berusaha menarik tangan adiknya dan membawanya lari dari cengkaman anjing itu.

Dalam usahanya menyelamatkan adiknya dia turut digigit anjing tersebut di bahagian kepala dan mukanya.

Dia terpaksa menerima 90 jahitan pada anggota bahagian badannya yang cedera.

Menurut Bridger, dia rela mengorbankan nyawanya sendiri demi menyelamatkan adiknya.

Tindakan berani dalam menjaga adiknya itu mendapat pujian orang ramai.